Niaga AWANI: Malaysia Digital | Tadbir urus MD diselaras di peringkat tertinggi

2022-07-05 1

Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan, dan pemantauan serta penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi, serta penganugerahan status MD.